CUTE FRIENDS OF MINE :3

Wednesday, 31 October 2012

'FREE HAIR'

Assalamualaikum .'Free Hair' .Sekarang ni kalau kita tengok, rasanya perempuan yang free hair lebih ramai daripada yang bertudung . Terutamanya di kalangan orang Islam sendiri . Dekat facebook haritu wa ada nampak seorang perempuan ni, dia update status yang berbunyi lebih kurang macam ni lah,"Jangan kutuk perempuan yang FREE HAIR sebab suatu hari nanti merekalah yang paling ikhlas memakai tudung." Bila tengok status orang tu, wa terfikir, betul jugak apa yang dia tulis tu . Perempuan yang free hair ni tak semestinya diorang taknak pakai tudung sampai bila-bila . Cuma, mungkin pintu hati diorang belum terbuka dan diorang belum bersedia untuk bertudung . Yang pakai tudung pun, tak semestinya ikhlas memakai tudung kerana amanat Allah SWT . Ada jugak yang pakai tudung hanya kerana disuruh oleh ibubapa .wa terfikir lagi, walaupun apa yang orang tu tulis betul , tapi tidakkah mereka ( yang free hair tu ) tahu bahawa ajal boleh datang menjemput kita bila-bila masa sahaja ? Macamana kalau ditakdirkan kita  meninggal dunia sebelum sempat kita memakai tudung ? Tidakkah kita akan menyesal di akhirat nanti ?Kesimpulannya disini, biar tak ikhlas memakai tudung asal kita sudah mengikut perintah Allah SWT untuk menutup aurat . Perasaan ikhlas tu kita boleh pupuk . Contohnya macam mula-mula memang pakai tudung bersebab . Sebab ibubapa suruh, sebab nak ikut fesyen terkini mungkin . Tapi lama-lama kita akan rasa suka memakai tudung . Bila dah suka, automatik niat kita untuk memakai tudung tu menjadi ikhlas :)Ada juga yang wa tengok bila orang tegur dia suruh pakai tudung, dia marah orang tu . Dia kata ,"Dosa aku biar aku yang tanggung , kau takpayah nak sebok."Astaghfirullah Al-Azim . Kalau ye pun tak bersedia lagi nak pakai tudung, tidak perlu marah orang lain . Orang yang menegur tu tegur bukan sebab dia nak menyibuk tapi sebab dia melakukan tanggungjawab dia sebagai seorang umat Islam untuk menegur saudara sesama Islamnya yang mengingkari perintah Allah . Kita sebagai umat Islam dituntut untuk mencegah kemungkaran yang berlaku di depan mata selagi kita mampu . Kepada yang belum bersedia untuk memakai tudung, anda boleh cuba perlahan-lahan . Tiada siapa memaksa anda memakai tudung . Tetapi agama Islam menuntut anda untuk memakai tudung . Pakai sekali-sekala pun takpa, asalkan cuba . Lama-kelamaan , insya-Allah kalau sinar keimanan masih ada dalam diri anda, perasaan suka dan ikhlas tu akan datang sendiri . Maaf kalau ada salah dan silap . Tidak berniat untuk kecilkan hati atau mengutuk sesiapa . Hanya ingin berkongsi pendapat sesama umat Islam . Ini pendapat wa,  kalau engkorang semua nak bagi pendapat, sila komen di entri ini :)
thanks for reading this :)

Cute Pink Kaoani