Wednesday, 31 October 2012

'FREE HAIR'

Assalamualaikum.

'Free Hair'

    Sekarang ni kalau kita tengok, rasanya perempuan yang free hair lebih ramai daripada yang bertudung. Terutamanya di kalangan orang Islam sendiri.

     Dekat facebook haritu aku ada nampak seorang perempuan ni, dia update status yang berbunyi lebih kurang macam ni lah,

"Jangan kutuk perempuan yang FREE HAIR sebab suatu hari nanti merekalah yang paling ikhlas memakai tudung."

       Bila tengok status orang tu, aku terfikir, betul jugak apa yang dia tulis tu. Perempuan yang free hair ni tak semestinya diorang taknak pakai tudung sampai bila-bila. Cuma, mungkin pintu hati diorang belum terbuka dan diorang belum bersedia untuk bertudung. Yang pakai tudung pun, tak semestinya ikhlas memakai tudung kerana amanat Allah SWT. Ada jugak yang pakai tudung hanya kerana disuruh oleh ibubapa. 

     Yeah she's right. Tapi cuba fikir balik, walaupun apa yang orang tu tulis betul, tapi tidakkah mereka (yang free hair tu) tahu bahawa ajal boleh datang menjemput kita bila-bila masa sahaja? Macamana kalau ditakdirkan kita  meninggal dunia sebelum sempat kita menutup aurat?

      Hidayah Allah belum sampai? Heh, dude, kau nak hidayah yang macam mana? Hidayah Allah dah lama sampai. Kita manusia ni je yang buta mata buta hati tak sedar tak perasan yang Allah nak bagi petunjuk kat kita. Macamana nak dapat hidayah kalau perintah Allah pun kita tak ikut (a reminder to myself too).

      Biar tak ikhlas memakai tudung asal kita sudah mengikut perintah Allah SWT untuk menutup aurat. Perasaan ikhlas tu kita boleh pupuk. Ok, mula-mula memang pakai tudung bersebab. Sebab ibubapa suruh, sebab nak ikut fesyen terkini mungkin. Tapi lama-lama kita akan rasa suka memakai tudung. Bila dah suka, automatik niat kita untuk memakai tudung tu menjadi ikhlas :)

       Ada juga yang aku tengok bila orang tegur dia suruh pakai tudung, dia marah orang tu. Dia kata,

"Dosa aku biar aku yang tanggung , kau takpayah nak sebok."

       Astaghfirullah Al-Azim. Kalau iya pun belum bersedia nak pakai tudung, tak perlu la nak marah orang lain. Orang yang menegur tu tegur bukan sebab dia nak menyibuk tapi sebab dia melakukan tanggungjawab dia sebagai seorang umat Islam untuk menegur saudara sesama Islamnya yang mengingkari perintah Allah. Kita sebagai umat Islam dituntut untuk mencegah kemungkaran yang berlaku di depan mata selagi kita mampu.

       Lagi sakit hati tengok fesyen tudung sekarang yang tidak menutup aurat. Panjang belakang, pendek di depan. Panjang depan, pendek di belakang. Pakai tudung tapi tak tutup dada. Ada yang pakai baju mengikut bentuk badan. Apa motif pakai tudung kalau tak tutup aurat dengan sempurna?

      Kepada yang belum bersedia untuk memakai tudung, boleh cuba perlahan-lahan. Pakai tudung tak wajib. Yang wajib, tutup aurat. Ikut la nak keluar pakai telekung ke apa asalkan tutup aurat. Pakai sekali-sekala pun takpa, asalkan cuba. Lama-kelamaan , insya-Allah kalau sinar keimanan masih ada dalam diri (cewahh ayat hihi), perasaan suka dan ikhlas tu akan datang sendiri.

       Maaf kalau ada salah dan silap. Tidak berniat untuk kecilkan hati atau mengutuk sesiapa. Hanya ingin berkongsi pendapat sesama umat Islam. Ini pendapat aku,  kalau ada yang ingin berkongsi pendapat, sila komen di entri ini :)

thanks for reading this :)

Super Kawaii Cute Cat Kaoani
PAUSE HERE