Assalamualaikum .
'Free Hair' .
'Free Hair' .
Sekarang ni kalau kita tengok , rasanya perempuan yang free hair lebih ramai daripada yang bertudung . Terutamanya di kalangan orang Islam sendiri . Dekat facebook haritu Najwa ada nampak seorang perempuan ni , dia update status yang berbunyi lebih kurang macam ni lah ,
"Jangan kutuk perempuan yang FREE HAIR sebab suatu hari nanti merekalah yang paling ikhlas memakai tudung."
Bila tengok status orang tu , Najwa terfikir , betul jugak apa yang dia tulis tu . Perempuan yang free hair ni tak semestinya diorang taknak pakai tudung sampai bila-bila . Cuma , mungkin pintu hati diorang belum terbuka dan diorang belum bersedia untuk bertudung . Yang pakai tudung pun , tak semestinya ikhlas memakai tudung kerana amanat Allah SWT . Ada jugak yang pakai tudung hanya kerana disuruh oleh ibubapa .
Najwa terfikir lagi , walaupun apa yang orang tu tulis betul , tapi tidakkah mereka ( yang free hair tu ) tahu bahawa ajal boleh datang menjemput kita bila-bila masa sahaja ? Macamana kalau ditakdirkan kita meninggal dunia sebelum sempat kita memakai tudung ? Tidakkah kita akan menyesal di akhirat nanti ?
Kesimpulannya disini , biar tak ikhlas memakai tudung asal kita sudah mengikut perintah Allah SWT untuk menutup aurat . Perasaan ikhlas tu kita boleh pupuk . Contohnya macam mula-mula memang pakai tudung bersebab . Sebab ibubapa suruh , sebab nak ikut fesyen terkini mungkin . Tapi lama-lama kita akan rasa suka memakai tudung . Bila dah suka , automatik niat kita untuk memakai tudung tu menjadi ikhlas :)
Ada juga yang Najwa tengok bila orang tegur dia suruh pakai tudung, dia marah orang tu . Dia kata ,
Ada juga yang Najwa tengok bila orang tegur dia suruh pakai tudung, dia marah orang tu . Dia kata ,
"Dosa aku biar aku yang tanggung , kau takpayah nak sebok."
Astaghfirullah Al-Azim . Kalau ye pun tak bersedia lagi nak pakai tudung , tidak perlu marah orang lain . Orang yang menegur tu tegur bukan sebab dia nak menyibuk tapi sebab dia melakukan tanggungjawab dia sebagai seorang umat Islam untuk menegur saudara sesama Islamnya yang mengingkari perintah Allah . Kita sebagai umat Islam dituntut untuk mencegah kemungkaran yang berlaku di depan mata selagi kita mampu .
Kalau yang belum bersedia untuk memakai tudung , anda boleh cuba perlahan-lahan . Tiada siapa memaksa anda memakai tudung . Tetapi agama Islam menuntut anda untuk memakai tudung . Pakai sekali-sekali pun takpa , asalkan cuba . Lama-kelamaan , insya-Allah kalau sinar keimanan masih ada dalam diri anda , perasaan suka dan ikhlas tu akan datang sendiri .
Maaf kalau ada salah dan silap . Tak berniat untuk kecilkan hati atau mengutuk sesiapa . Hanya ingin berkongsi pendapat sesama umat Islam . Ini pendapat Najwa , kalau awakawak semua nak bagi pendapat , sila komen di entri ini :) Sekian sahaja entri kali ni , izinkan saya mengundur diri .
Sekian, terimakasih .
Yang Benar,
FNNQ ♥ :)

